Bayar Premium RM 500 sebulan dan
anda akan dapat perlindungan seperti berikut :
Manfaat Kematian :
- RM 1,000,000 sekaligus
Manfaat Hilang upaya kekal dan
menyeluruh :
- RM 1,000,000 sekaligus
- Berkala RM 6,000 setahun sehingga
akhir tempoh polisi
Manfaat penyakit kritikal :
- RM 100,000 sekaligus
- Berkala RM 6,000 setahun sehingga akhir tempoh polisi
* Kiraan bagi peserta yang
berumur 30 tahun dan ke bawah pada tahun 2011
* Premium bulanan bergantung
kepada faktor umur peserta, status merokok dan pekerjaan
INSURANS APAKAH INI? KENAPA IANYA PENTING? SILA BACA
ULASAN DIBAWAH
Anda adalah seorang usahawan? Sudah pasti anda telah
melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan anda itu. Dan sudah pasti
anda amat berharap ia akan berjalan seperti yang dirancang dan diharap.
Bagi usahawan yang memiliki syarikat atau organisasi
perniagaan, insurans yang paling sesuai adalah insurans keyman ataupun business
insurance. Key man di sini bermaksud orang yang utama dalam sesebuah bisnes
itu. Selalunya usahawan itu sendiri yang perlu mendapatkan key man insurance.
Biasanya apabila usahawan membuka francais ataupun syarikat berdasarkan konsep
rakan kongsi. Ada dua tiga orang rakan kongsi. Masalah timbul jika salah
seorang partner meninggal dunia.
Mengikut akta syarikat, untuk syarikat sendirian berhad, jika salah seorang
rakan kongsi meninggal dunia, akaun dan juga syarikat itu perlu ditutup. Jadi
sekarang, bagaimana nasib dua orang lagi rakan kongsinya jika syarikat terpaksa
ditutup. Bank yang memberikan pinjaman akan bimbang jika berlaku kematian,
banyak hutang tidak dapat diselesaikan. Sebab itulah syarikat dibekukan.
Selesaikan dahulu semua hutang, baharu boleh dibuka semula.
Untuk mengelakkan masalah ini, perlu ada Keyman
Takaful ataupun Insurans Perniagaan. Bagaimana Takaful ini berfungsi?
Setiap rakan kongsi, misalnya partner A dan partner B. Saham masing-masing
dalam syarikat adalah 50 peratus setiap seorang. Jadi, kita akan memberikan
’sum assured’ yang bersamaan dengan saham tadi. Katalah setiap orang meletakkan
RM1,000,000. Jadi syarikat insurans akan berikan ’sum assured’
bernilai RM1,000,000. Kita akan buat konsep cross funtion. A ambil
Takaful untuk hayat B. B pula ambil Takaful untuk hayat A.
Situasi Pertama
Sekiranya salah seorang rakan kongsi ini meninggal dunia, Prudential BSN Takaful yang akan membayar pampasan kepada keluarga si mati tanpa memberi kesan kepada rakan kongsi B. Keluarga si mati tidak perlu bersusah payah menuntut hak mereka daripada perniagaan rakan kongsi B tadi. Jadi, rakan kongsi B dapat meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun tanpa rakan kongsi A.
Situasi Kedua
Selain daripada itu, rakan kongsi A juga boleh mewariskan
pampasan kematian kepada rakan kongsi B
dan begitu juga sebaliknya rakan kongsi B boleh mewariskan pampasan tersebut kepada
rakan kongsi A untuk memastikan kematiannya tidak menjejaskan syarikat dan
pampasan kematian yang diterima oleh rakan kongsi yang masih hidup membolehkan
mereka menjalankan perniagaan syarikat seperti biasa dan menjamin masa depan
syarikat dan dirinya walaupun rakan kongsinya sudah tiada.
Situasi Ketiga
Syarikat-syarikat besar yang mempunyai orang penting /
pekerja yang menjana pendapatan syarikat boleh mengambil Keyman Insurance bagi orang
penting / pekerja tersebut yang menjadi aset kepada syarikat. Apabila sesuatu
berlaku kepada orang penting / pekerja tersebut, maka pihak insurans akan
membayar pampasan tersebut kepada syarikat bagi menanggung kerugian semasa yang
berlaku akibat kehilangan orang penting / pekerja yang menjana pendapatan
kepada syarikat selama ini.
Satu lagi perkara penting yang saya mahu ketengahkan mengenai usahawan ialah usahawan tidak makan gaji. Maksudnya, mereka tidak ada pemotongan ataupun caruman KWSP. Jadi, usahawan sekarang terdedah kepada masalah yang sudah menunggu 20 ataupun 30 tahun akan datang ketika umur mereka 55 tahun. Sebab itulah kami di sini menekankan betapa Takaful Perniagaan perlu diwujudkan untuk melindungi pendapatan persaraan mereka.
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai Keyman Business Takaful Insurans yang menepati ‘keperluan‘ & ‘keutamaan’ business anda? Insyallah saya sedia membantu anda mendapatkan khidmat rundingan secara PERCUMA.
Mohamad
Ishak bin Mohamed Aziz
Agen Prudential BSN Takaful Berdaftar
010-5453071
ishak8181@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan